APA NAK BUAT BILA BISNES SEMAKIN KUKUH & BERKEMBANG?

Apabila bisnes dah kukuh & semakin berkembang, kita dah boleh lantik seseorang untuk jadi pengurus. Jadi kita dah boleh cari peluang untuk menceburi cabang bisnes lain supaya kita dapat pelbagaikan lagi sumber pendapatan.

Pengurus tu ditugaskan untuk mengendalikan bisnes kita yang dah kukuh tu supaya lebih berkembang & berdaya maju. Nak lantik seorang pengurus bisnes, kita kena kaji latar belakang calon pengurus betul-betul. Kena pastikan jugak mereka mempunyai kelayakan & berpengalaman dalam selok belok menguruskan sebuah syarikat. Ia bukan kerja mudah. Kena pastikan calon yang benar-benar layak untuk dilantik. Tak boleh nak tangkap muat.

Bukan setakat kelayakan dari akademik & pengalaman, soal peribadi calon pun kena diambil kira. Dah tentu kita nak seorang pengurus yang berdisiplin, menepati waktu, cekap, penyabar, peramah, mahir berkomunikasi. Bukan mudah. Banyak tapisan kena buat sebab dia akan jadi pengganti kita untuk jalankan bisnes.

Kita pulak tak lepas tangan macam tu saja. Kita sebagai pemilik bisnes kena pantau bisnes supaya sentiasa berjalan lancar seperti yang dirancang. Apabila kita berjaya mendapat seorang pengurus bisnes yang bagus, bisnes berjalan dengan baik, jadi mudahlah kita pelbagaikan cabang bisnes & pendapatan pun bertambah. Semoga berjaya kepada semua pemilik bisnes. Jom kita bina bisnes baik-baik supaya kita maju dalam bisnes masing- masing

Adakah anda nak buat perubahan mulai sekarang? NAK PERUBAHAN mesti kena mulakan sekarang. Kalau anda nak, layari https://bit.ly/2JMxiCQ  atau komenkan di bawah supaya boleh dibantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *