ONLINE VS TAK ONLINE? 1 LAGI RAHSIA BEST TERBONGKAR UNTUK JANA 4-5 ANGKA SEBULAN

Pendapat orang ni macam-macam. Jadi kita hormati pandangan masing-masing. Tak payah nak didebatkan pendapat sapa yang betul, sapa yang salah. Bagi saya agak tak berapa tinggi ilmu ni, masyarakat kita ni terbahagi dua dalam bab pemasaran, jual beli & bisnes.

1. Masyarakat yang boleh terima pemasaran atau urusan secara online, jual beli & bisnes macam blog, laman web, email, media social seperti Facebook, Instagram, Twitter & macam-macam lagi.

Bagi mereka tertutamanya generasi muda tak masalah pasal ni. Malah lagi teruja sebab benda baru, lagi canggih & maju. Bagi mereka kalau online lagi senang sebab semua di hujung jari. Senang cerita kita tak perlu keluar rumah. Malah boleh dilakukan di mana saja. Asalkan ada line internet.

Sekarang lagi canggih. Kalau takda laptop atau computer pun takpa. Pakai smartphone pun dah boleh promosi barang. Pakai smartphone pun dah boleh berurusan jual beli. Tak kira masa. Tengah malam pun boleh. Time baru bangun tido pun boleh. Nak beli breakfast pun pakai online. Tau-tau breakfast dah ada orang hantar kat depan rumah. Senangkan sekarang ni bila kita dah faham cara-cara nak guna.

Best tak?                    

2. Masyarakat yang lebih selesa dengan pemasaran atau urusan cara offline seperti adakan kelas percuma, buka booth, edar flyers dan macam-macam lagi.

Bagi kategori ni, mereka bukan tak boleh terima secara online. Cuma bagi mereka agak leceh, rumit & memeningkan kepala sebab banyak yang kena tau, kena belajar. Biasanya mereka dalam kategori ni terdiri daripada yang dah berusia sikit. Bagi mereka cara lama dengan berurusan secara bersemuka lagi senang. Senang nak bincang bak kata mereka. Bila dah bincang, boleh la mintak diskaun itu ini kalau dapat.

Bila kita kerap ke kedai yang sama, tauke kedai pun dah kenal kita. Dah tau ragam kita macam mana. Paling best, tauke kedai pun dah kenal kita sekeluarga. Secara tak langsung, kita dah jalin satu hubungan baik dengan tauke kedai tu. Jadi semakin mudahlah proses jual beli.

Ada barang yang dah dibeli kita boleh pulangkan kalau kita silap beli walaupun dah bayar. Asalkan ada resit bayaran, kita boleh tukar barang. Lagi best, resit dah kita buang, tapi barang masih lagi dapat ditukar disebabkan tauke kedai dah kenal kita, dah biasa dengan kita, & kompom tauke kedai ingat lagi kat kita yang dah beli barang sebelum ni. Ada kan situasi macam ni?

Bagi mereka, cara macam ni lagi mudah. Walaupun terpaksa keluar rumah, terpaksa susah-susah cari parking yang dekat dengan kedai. Bagi mereka, cara ni lagi puas.

Kesimpulan

Nak untung lebih, kita hadap dua jenis masyarakat ni. Buat pemasaran secara online & offline. Wujudkan proses jual beli secara online & offline. Jadi kita dapat dekati dua golongan ini. Jadi kita buat saja. Ok tak?

Adakah anda nak buat perubahan mulai sekarang? NAK PERUBAHAN mesti kena mulakan sekarang. Kalau anda nak, layari https://bit.ly/2JMxiCQ  atau komenkan di bawah supaya boleh dibantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *