STOP ATAU TERUSKAN? RAHSIA SEBENAR PERSAINGAN & BISNES TERBONGKAR SEKARANG

Dalam bisnes, memang akan ada persaingan. Memang tak boleh lari daripada bersaing dengan sesiapa yang sama jenis bisnes dengan kita. Kalau pergi kat seminar, bengkel atau kelas, pasti yang ajar kita tu pesan supaya sentiasa mengenalpasti pesaing kita. Lepas tu, kita diingatkan supaya sentiasa  mengawasi sepanjang masa supaya kita tidak ketinggalan daripada pesaing tersebut.  

Tapi ada satu lagi pesaing terdekat & sentiasa ada dengan kita. Sapa pesaing tu? Pesaing tu tak lain tak bukan adalah diri kita sendiri. Betul tak? Tengah duk bersemangat gila-gila nak kejar impian, masa tu lah virus MALAS menyerang diri. Kita dah siap-siap buat jadual harian supaya mudah kita tumpu perhatian kat bisnes part time, masa tu lah kawan ajak keluar, kawan ajak pergi travel, kawan ajak pergi kenduri. Macam-macam lah.

Tengah kita excited nak kejar target hujung bulan untuk dapat 4-5 angka sebulan, masa tu lah kesihatan terganggu. Masa tu lah badan rasa nak demam. Kita nak pergi hantar barang kat customer, masa tu lah transport buat hal. Tu lum cerita lagi pasal rugi beratus-ratus ringgit. Ada yang rugi beribu-ribu, puluh ribu, & ada jugak rugi berjuta-juta.

Macam-macamlah dugaan, rintangan, cabaran yang datang untuk uji diri kita ni. Nak tengok kita tahan tak diuji. Ada rasa semangat tak nak teruskan perjuangan lagi. Ada lagi tak rasa rajin nak kejar ilmu, pergi jumpa mentor, pergi kelas & sebagaimana. Masa tu lah kita wajib bersaing dengan diri sendiri. Berperang dengan diri sendiri. Sama ada nak STOP ATAU TERUSKAN.

Jom kita pilih untuk TERUSKAN….

Adakah anda nak buat perubahan mulai sekarang? NAK PERUBAHAN mesti kena mulakan sekarang. Kalau anda nak, layari https://bit.ly/2JMxiCQ  atau komenkan di bawah supaya boleh dibantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *